• Aktiviti: Flashmob Gaza di Jitra


    8 Disember 2013 - Satu lagi event kelolaan anak muda tempatan untuk menzahirkan penentangan terhadap kekejaman Zionis bertempat di Tasik Darul Aman Jitra.


    Acara ini berkolaborasi dengan Buku Jalanan Jitra dan PuisiSatuPetang untuk mengadakan kutipan dana bantuan gaza, bacaan puisi, edaran risalah, lagu, syarahan dan acara klimaksnya adalah flashmob yang bertemakan kesedaran pergolakkan yang berlaku di bumi Palestin.

    Kehadiran IR Haji Zamri Yusuf selaku bekas Senator dan wakil dari Aqsa Syarif Encik Abdul Wahab Yahya amat dihargai selain dari ucapan dan bantuan mereka memeriahkan aktiviti kemanusiaan ini.

    Sepanjang berlansungnya aktiviti ini, dana sehampir RM800 berjaya dikumpulkan daripada tabung-tabung yang diedarkan, penjualan buku, penjualan mafla dan sebagainya telah diserahkan kepada Encik Abdul Wahab selaku wakil Aqsa Syarif untuk disumbangkan kepada rakyat Gaza.

    “Berapa ramai lagi nyawa yang perlu direntap Zionis untuk menyedarkan kita dari mimpi halwa dunia? Jihad ini tidak akan sekali-kali terhenti sehingga sampai harinya Palestin merdeka dari kezaliman Zionis".

    "Jangan malu untuk boikot dan zahirkan penentangan, tapi malulah kerana menjilat punggung Zionis” kata salah seorang wakil penganjur a.k.a aku sendiri.

    Sila nikmati galeri gambar ini selagi mampu.











  • 0 comments:

    Post a Comment

    Like Facebook Kami Untuk Dapatkan Info Terbaru