• Kenali Gelut





    Apa itu Gelut?
    Gelut adalah sebuah platform kreatif untuk membantu segenap lapisan masyarakat menzahirkan ekspresi dan keprihatinan mereka terhadap pelbagai isu-isu kemanusiaan tanah air mahupun diperingkat global.

    Apa Maksud Gelut?
    Gelut bermakna bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Gelut juga melambangkan sesuatu aktiviti yang dilakukan dengan gigih dan bertungkus lumus.

    Siapa itu gelut?
    Komuniti tanpa hirarki ini terdiri dari anak muda dari pelbagai warna latarbelakang. Gerakan non-profit ini juga tidak sama sekali terikat dengan mana-mana pengaruh kepartian dan pengaruh komersial.

    Semua orang punyai hak untuk mencadang, membantah, menyumbang dan menyokong apa jua perkara dan aktiviti.

    Sejarah gelut
    Pada asalnya gerakan ini tidak punyai nama. Namun seiring dengan keperluan untuk memperkasakan lagi aktiviti dan kegiatannya, satu nama perlu dipersetujui untuk menjamin kesinambungannya.

    Bermula dengan isu Gaza, gerakan ini mula melebarkan liputan ke arah isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan kemanusiaan dan pendidikan secara santai. Turut menjadi agenda utama gerakan ini adalah membantu membela nasib haiwan jalanan.


    Apa Tujuan Gelut?

    1. Mengetengahkan eskpresi keprihatinan dengan kreatif

    2. Mendidik dan menyedarkan anak muda tentang keperluan untuk mereka menyumbang kepada komuniti

    3. Menggerakkan tumpuan dan fokus awam terhadap sesuatu isu

    4. Memecahkan dogma aktivism dari pengaruh politik, protes dan keganasan

    5. Mewujudkan satu jalinan kolektif untuk membolehkan anak muda menyumbang kepada masyarakat

    6. Memupuk jati diri masyarakat yang lebih peka dengan pelbagai isu di sekitar mereka

    7. Memperkasakan gerakan kemanusiaan dan aktiviti kemasyarakat dengan unsur kesenian

    8. Menggamit kesedaran tentang rasa cinta terhadap alam sekitar

    9. Menuntut masa depan yang lebih baik untuk setiap insan
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Like Facebook Kami Untuk Dapatkan Info Terbaru